Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF COMMANDER OFFICIAL INTRODUCTORY VISIT TO RMAF

KUALA LUMPUR, Monday, 21 November 2022 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) conducted his introductory visit to the Royal Malaysian Air Force (RMAF) in Kuala Lumpur, Malaysia from 21 – 23 November 2022. Accompanying the RBAirF Commander was his spouse, Datin Noraidah binti Haji Ibrahim and Lieutenant Colonel Abdul Rajid bin Haji Zainie, the Defence Advisor to Malaysia. 

The RBAirF Commander's arrival to the Ministry of Defence was welcomed by General Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan, the Chief of the RMAF. He then received a general salute and inspected the guard of honour before making a Courtesy Call with the Chief of the RMAF. During the call, the two air chiefs reiterated the strong and cordial relations between the two air forces and pledged to strengthen practical cooperation in various aspects such as training and interoperability via established platforms such as the Air Working Group as well as other bilateral and multilateral avenues. Following the courtesy call was a RMAF brief at the RMAF Meeting Room. The brief consisted of the organizational structure and the roles and responsibilities of the various components of the RMAF as well as its way forward.

Among the programmes outlined include the visit to the Air Force Special Forces (PASKAU) at Jugra Air Base. The RBAirF Commander was received by Lieutenant General Dato' Mohd Shahada bin Ismail RMAF, the RMAF Air Operations Commander, Major General Dato' Mahadzer bin Amin RMAF, the Commander of Air Region 1 and Brigadier General Meor Ahmad Kamal bin Haji Meor Termizi, the Commander of the RMAF Regiment. The programme commenced with an opening remark from the RMAF Air Operations Commander before handing it over to the Officer in Command of PASKAU, Lieutenant Colonel Mohd Shafik bin Saadun RMAF, to deliver a brief on the organization, roles, responsibilities, training and achievements of PASKAU since it was established. The program then continued with several demonstrations by the members of PASKAU such as the Helicopter Insertion and Extraction, parachute jump training and static displays involving assets and arms operated by PASKAU as well as their various capabilities.

As part of the programme, the delegates from RBAirF participates a helicopter flight and simultaneously witness the AIRTEP (Airborne Tactical Extraction Platform) demonstration, before landing at the Batu Hampar Firing Range for a shooting demonstration and practice involving both the RBAirF and RMAF Chiefs and delegations. The program then continued with a visit to the Ministry of Defence and the Subang Air Base, where the RBAirF Commander and delegation were briefed on the roles and responsibilities of No. 8 Squadron, which operates the A400M aircraft. The RBAirF Commander was then invited to board the A400M for a short tour of the aircraft. The program concluded with a visit to the Institute of Aviation Medicine, where the RBAirF Commander was given a tour of the facilities and services offered by the institute.

The Commander of RBAirF and his wife attended an official lunch hosted by the Chief of the RMAF and an official dinner, which was attended by the Deputy Chief of the RMAF, Lieutenant General Dato' Indera Muhamad Norazlan bin Aris RMAF.

​​

LAWATAN PENGENALAN RASMI PEMERINTAH TUDB KE TUDM

Kuala Lumpur, Isnin, 21 November 2022 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB telah membuat Lawatan Pengenalan Rasmi beliau ke Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur, Malaysia pada 21 – 23 November 2022. Turut mengiringi beliau adalah isteri Pemerintah TUDB, Datin Noraidah binti Haji Ibrahim dan Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Leftenan Kolonel Rajid bin Haji Zainie. 

Ketibaan Pemerintah TUDB di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur disambut oleh Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Panglima TUDM. Pemerintah TUDB kemudian menerima tabik hormat serta memeriksa kawalan kehormatan sebelum membuat Kunjungan Hormat kepada Panglima TUDM. Semasa sesi tersebut kedua-dua Pemerintah Tentera Udara meyatakan tentang kekukuhan hubungan di antara kedua tentera udara dan berhasrat untuk mengembangkan lagi hubungan praktikal dua hala dalam pelbagai aspek seperti latihan dan kebolehoperasian melalui platform yang telah ditubuhkan seperti Kelompok Kerja Udara dan peluang-peluang dua hala dan pelbagai hala yang lain. Ini diikuti dengan taklimat TUDM yang dikendalikan di Bilik Mesyuarat TUDM. Taklimat tersebut berkongsi maklumat mengenai struktur organisasi serta peranan dan tanggungjawab komponen-komponen TUDM dan juga langkah hadapan TUDM.

Antara program bagi lawatan tersebut ialah lawatan ke Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU) di Pangkalan Udara Jugra. Hadir untuk menyambut ketibaan Pemerintah TUDB dan delegasi adalah Leftenan Jeneral Dato' Mohd Shahada bin Ismail TUDM, Panglima Operasi Udara TUDM, Mejar Jeneral Dato' Mahadzer bin Amin TUDM, Panglima Wilayah Udara 1 dan Brigedier Jeneral Meor Ahmad Kamal bin Haji Meor Termizi TUDM, Panglima Rejimen TUDM. Lawatan bermula dengan kata alu-aluan dari Panglima Operasi Udara TUDM dan diikuti dengan taklimat tentang organisasi, peranan, tanggungjawab, latihan serta pencapaian PASKAU oleh Pegawai Memerintah PASKAU, Leftenan Kolonel Mohd Shafik bin Saadun TUDM. Program kemudian diikuti dengan Pemerintah TUDB dan delegasi menyaksikan beberapa siri demonstrasi oleh anggota-anggota PASKAU seperti latihan Helicopter Insertion and Extraction, latihan terjun payung serta pertunjukan statik yang memperlihatkan aset, senjata dan keupayaan-keupayaan PASKAU.

Dalam program lawatan tersebut, delegasi dari TUDB turut serta dengan satu penerbangan helicopter dan sekaligus menyaksikan demonstrasi AIRTEP (Airborne Tactical Extraction Platform), sebelum mendarat di Lapang Sasar Batu Hampar bagi demonstrasi dan juga latihan menembak yang turut disertai oleh kedua-dua Pemerintah Tentera Udara serta delegasi masing-masing. Selain itu, delegasi dari TUDB turut berpeluang membuat lawatan ke Kementerian Pertahanan dan Pangkalan Udara Subang dimana mereka telah disampaikan satu taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab Skuadron No. 8 yang mengendalikan Pesawat A400M. Ini kemudian diteruskan dengan lawatan di dalam pesawat tersebut. Program diakhiri dengan lawatan ke Institut Perubatan Penerbangan, dimana Pemerintah TUDB dibawa melawat fasiliti serta perkhidmatan yang disediakan oleh institusi tersebut.

Pemerintah TUDB bersama isteri turut menghadiri Makan Tengah Hari Rasmi yang dihoskan oleh Panglima TUDM serta Majlis Makan Malam yang dihos oleh Panglima TUDM dan turut dihadiri oleh Timbalan Panglima TUDM, Leftenan Jeneral Dato' Indera Muhamad Norazlan bin Aris TUDM.​